Lelaki 40 tahun berzina dengan nenek 83 tahun, mengaku sudah dua kali
1 min read

Lelaki 40 tahun berzina dengan nenek 83 tahun, mengaku sudah dua kali

Seorang nenek berusia 83 tahun dari wilayah Pidie, Aceh, Indonesia ‘kantoi’ melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

Nenek yang hanya dikenali dengan inisial F, ditangkap sedang berzina oleh penduduk kampung di Daerah Peukan Baro, Pidie dengan lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Z.

Segala-galanya bermula selepas penduduk kampung ternampak Z mengunjungi rumah F.

Disebabkan curiga, mereka melaporkan perkara tersebut kepada ketua kampung sebelum membuat serbuan di rumah F.

Pasangan tersebut dibawa ke balai raya untuk soal siasat yang mana kedua-duanya mengaku sudah dua kali menjalinkan hubungan seperti suami isteri.

Mereka kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kedua-duanya sudah menjalani perbicaraan di Mahkamah Syar’iyah Sigli.

Setelah melalui beberapa siri perbicaraan, majlis hakim yang diketuai Ketua Hakim Dra Rubaiyah menjatuhkan hukuman kepada keduanya pada Khamis lalu.

Dalam keputusan itu, hakim menyatakan bahawa F dan Z telah dibuktikan secara sah dan meyakinkan, sudah melakukan zina.

“Mengenakan hukuman sebat awam ‘uqubat hudud kepada terdakwa Z dan F masing-masing 100 (seratus) sebatan,” demikian keputusan berkenaan.

Hakim turut memerintahkan supaya kedua-dua mereka kekal dalam tahanan sehingga hukuman sebat dijalankan, dengan tempoh maksimum 30 hari dari tarikh keputusan dijatuhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *